Friday, June 10, 2016

Senyum...

Kadang senyum, kadang ketawa
Kadang gelisah, kadang berduka
Sarat rasa yang entah bagaimana
Sukar untuk ku ungkap

Kasih, pilu
Cinta, ragu
Percaya, kabur
Dihimpir rasa menghalang segalanya
Salahkah aku?
Jahatkah aku?
Terukkah aku?

Pergi andai kabur
Pergi andai ragu
Pergi andai sukar
Pergi andai benci
Pergi andai benar bagimu
Kerana segalanya mengungkap gundah,
mengundang airmata

Hati pilu
Namun kekuatan tidak kaku
Masih utuh menemani
Kerana DIA sentiasa mengerti
Walau airmata gugur bertali
DIA pasti tetap memahami
Kerna cintaNYA cinta abadi

Senyum...
Kerana hatimu bukan untuk diluka
Bangun...
Ubati rasa kerna kau kental berjuang
Berjihad mengejar cintaNYA
Cinta suci nan sejati...
Selamanya...

Sunday, June 5, 2016

Mata, Telinga, Hati

Mata melihat
Telinga mendengar
Hati merasakan... sesuatu...

Sakit... pedih... lelah
Ku lihat pentas kehidupan mereka penuh duri
Pedih menusuk hati naluri
Dia berubah... diubah kepedihan itu
Dia berubah... diubah kesakitan itu
Dia berubah... diubah kelelahan itu
Dia berbeza... berubah menjadi yang baru...
Dia berbeza... berbeza dipenuhi luka

Kental... semangat... kekuatan
Ku lihat pentas kehidupan mereka penuh luka
Terguris... terhiris... kecewa
Dia berubah... diubah kekuatan itu
Dia berubah... diubah semangat itu
Dia berubah... diubah kekentalan itu...
Dia berbeza... berubah menjadi yg baru...
Dia berbeza... berbeza dipenuhi azam

Aku memerhati...
Aku mempelajari...
Aku meneliti...
Aku tahu ada sesuatu...
Aku perlu terus melangkah, berjuang, bertahan
Kerana pengakhirannya ada...
Bagaimana???
Kau, aku dan dia perlu tahu...
Mesti tahu...

Monday, May 30, 2016

Kerana DIA YANG MAHA ESA

Allah...

Dengan menyebut nama-Nya, hati ini mampu bergetar...
Dengan melafazkan nama-Nya, hati ini menjadi tenang...
Dengan nama indah-Nya, kedukaan bisa terubat...

HambaMu ini...
Sentiasa khilaf
Sentiasa alpa
Sentiasa lupa
Sentiasa leka







Dengan tanggungjawab padaMu
Dengan cinta pada-Mu
Dengan kekuasaan-Mu
Dengan kasih sayang-Mu

Ampunkan hamba-Mu ini, Ya Allah
Ampunkan kekhilafan hamba-Mu ini
Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini
Ampunkan kelekaan hamba-Mu ini

Syukur ku panjatkan atas segala nikmat dari-Mu
Kebahagiaan
Ketenangan
Kesedihan
Kehampaan
Rasa yang banyak mengajarku erti hidup...
Syukur Ya Rabb...