Friday, June 10, 2016

Senyum...

Kadang senyum, kadang ketawa
Kadang gelisah, kadang berduka
Sarat rasa yang entah bagaimana
Sukar untuk ku ungkap

Kasih, pilu
Cinta, ragu
Percaya, kabur
Dihimpir rasa menghalang segalanya
Salahkah aku?
Jahatkah aku?
Terukkah aku?

Pergi andai kabur
Pergi andai ragu
Pergi andai sukar
Pergi andai benci
Pergi andai benar bagimu
Kerana segalanya mengungkap gundah,
mengundang airmata

Hati pilu
Namun kekuatan tidak kaku
Masih utuh menemani
Kerana DIA sentiasa mengerti
Walau airmata gugur bertali
DIA pasti tetap memahami
Kerna cintaNYA cinta abadi

Senyum...
Kerana hatimu bukan untuk diluka
Bangun...
Ubati rasa kerna kau kental berjuang
Berjihad mengejar cintaNYA
Cinta suci nan sejati...
Selamanya...

No comments:

Post a Comment