Monday, May 30, 2016

Kerana DIA YANG MAHA ESA

Allah...

Dengan menyebut nama-Nya, hati ini mampu bergetar...
Dengan melafazkan nama-Nya, hati ini menjadi tenang...
Dengan nama indah-Nya, kedukaan bisa terubat...

HambaMu ini...
Sentiasa khilaf
Sentiasa alpa
Sentiasa lupa
Sentiasa leka







Dengan tanggungjawab padaMu
Dengan cinta pada-Mu
Dengan kekuasaan-Mu
Dengan kasih sayang-Mu

Ampunkan hamba-Mu ini, Ya Allah
Ampunkan kekhilafan hamba-Mu ini
Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini
Ampunkan kelekaan hamba-Mu ini

Syukur ku panjatkan atas segala nikmat dari-Mu
Kebahagiaan
Ketenangan
Kesedihan
Kehampaan
Rasa yang banyak mengajarku erti hidup...
Syukur Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment